Dua tahun berselang adiknya pula lahir....pun ikut tingkap sebab songsang juga...kali ni di Kinta Medical Centre ( KMC ) , Ipoh. Rawatan dr awal dgn Dato' Dr Ranjoth Singh, dia salah sorang doktor panel di KMC, so, booking dia utk operation on 1.11.2001. Ingat lg masa tu caj operation dan dok wad 2 hari cuma RM4000....( sekarang dgr citer kalau di KPJ dkt RM6000 ke atas ).
Tarikh ini sengaja dipilih sbb masa last appointment dgn doktor dh hjg bulan Okt...Jadi set hari 1 Nov....dgn gaya lenggang Mak Limahnya aku melengguk2 pegi KMC dgn hubby, ditemani my mummy & abg Long...tanpa rs sakit atau tanda2 nk bersalin pun....masuk wad dlm keadaan sihat walafiat...
Selepas 2 tahun, tak disangka2 aku termengandung luar rahim pulak !
( pengalaman kisah ni agak tragik + ngilu, nt aku citer dlm satu episod khas )
Selepas itu ada 3 kali aku mengandung tetapi smuanya keguguran....
Daripada 8 kali mengandung....yg seharusnya ada 8 org anak, aku cuma ada yg ni je la...
Ini la hadiah / pinjaman dr Allah utk kami suami isteri....2 org anak lelaki...
Hgga kini, aku pun " dah pencen " ...pencen sepencen pencennya....huhuhuu....
Ini la saham kami....yg diharapkan utk menitip doa2 utk kami kelak setelah kami menemui Ilahi...
Wpun hya berdua, harapan aku tinggi agar mereka mampu memimpim /mengajak ramai org utk sama2 mentaati Allah dan menyayangi Rasul....at least, menjadi pemimpin dan Imam terbaik utk famili mrk kelak...tu sebab kami pilih nama MURSYID ( pemimpim - guru - penunjuk jalan )
24 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment