Saturday, 24 August 2013

KEGUGURAN.....


Keguguran....

Bukan sesuatu yg pelik atau jarang didengar....
Pd aku ia perkara biasa....yg mgkin dialami oleh sape2 je...
Keguguran ada yg disengajakan...atau tak sengaja atau tak dijangka langsung....
Sebelum berlakunya keguguran, biasanya ada petanda tertentu....
Sakit & ngilu sekitar ari2....sakit bahagian belakang terutama pinggang...dan diikuti dgn " bleeding " ....

Selepas 2 kali mengalami keguguran ( biasa ), aku diuji dgn keguguran yg tak berapa biasa sikit iaitu menerusi " mengandung luar rahim "....
Aku tak tahu lgsg masa tu aku mengandung....masa tu ingat lagi, bulan puasa.
Memang 'period ' tak datang, tp aku anggap biasa sbb selalunya dlm bulan puasa period mmg lambat...so, aku tak ambil kesah...hinggalah pd mggu kedua puasa, sebelah kanan abdomen aku terasa sakit dan makin sakit...

Kesakitan makin mengganggu kesihatan bila terbersin dan terbatuk pun menyebabkn kesakitan di bhgian itu ! Aku dah tak boleh tidur posisi mengiring....Suami bawa jmpa doktor. Selepas dirawat doktor bagi aku " ubat otot "....( tiada dibuat pregnancy test pun ).Katanya mgkin otot aku kejang atau sakit urat !

Suatu pagi, sdg duduk menemani suami tgk berita TV, tetiba aku rasa pening sgt....terasa seperti isi dlm kepala hotak aku ni disedut keluar...pandangan tetiba jadi kabur dan semakin gelap, telinga berdesing dgn nyaring...badan mcm jadi ringan...dlm keadaan bersila aku sempat merangkak mencapai lutut suami sambil mengatakan ," Abg....saya pening ! "

Habis ayat pendek tu aku terkulai, lembek tak bermaya....telinga masih boleh dengar suara suami memanggil2 nama aku di pangkuannya....namun mata aku sdh tak mampu celik, mulut tak mampu berkata dah...kelu terus...Suami panik, ingat aku" nak jd arwah dah " !
( menurut cerita masa tu muka aku pucat lesi dan dah tak de respon )....

Tak pasal2 pagi tu aku dihangkut naik ambulan terus ke HRPB ( Hospital Ipoh ). Mcm angkat mayat je....aku dah tak boleh bergerak langsung wpun hya utk menggerakkan jari ! Aku tak tahu apsal teruk sgt sampai begitu sekali, sementara menunggu giliran untuk dirawat ( kata je masuk Bilik Emergency, tp lama gak terbiar menunggu...) aku kejur kaku atas katil tak mampu bergerak...

Selepas check urine test, nurse bgtau yg aku mengandung ! 2 bulan....Aku terkejut...slps scan aku terkejut sekali lagi sebab Doktor kata aku mengandung di luar rahim...bakal baby aku tersesat dan tersangkut lalu membesar dlm Tiub Fallopian !!!

Pembedahan segera mesti dilakukan kerana.....kerana Tiub Fallopian tu sudah PECAH !!!
Janin dah tak muat duk dlm tiub tu...( doktor kata...).Selepas pecah, darah hanyut memenuhi rahim, menyebabkan kekurangan oksigen....tu la psl aku pengsan tadi....pembedahan terpaksa dibuat pagi tu jg, doktor tu kata, Puan, nasib baik dtg cepat ke hospital, kalau lambat sikit lagi, puan " boleh jalan " ! Sebab itu darah sdh penuh dlm rahim puan! ( doktor India )

( hati aku laju je jwb, cis ! kurang asam pya doktor, cakap cmtu plak, aku dah la tgh sakit ni...patutnya as a doctor tolong la tenangkn pesakit )Tapi aku redho je la...tgh sakit, malas nk mnjwb dah, aku hangguk2 kepala je....tak larat nk bercakap...

So, pagi tu perut aku ditoreh utk kali ke 3 ! Di tempat yg sama utk mengeluarkan 2 org baby aku sebelum ni....Tak psl2 lps tu aku kena la berpantang mcm org beranak sdgkan anaknya TAK DE....
Rawan dan melaratnya hati aku ni Allah je yg tahu...akibat tido wad dlm 5 hari, susu badan aku tersejat sndiri.Masa tu sebenarnya anak bongsu masih menyusu badan....sedihnya aku bila dah keluar wad dan nak menyusukan anak, susu dah tak de !!!!

Bila diganti dgn susu tepung dia tak mahu minum, bagi la brand apa pun dia tak nak...tension dan sedih semua aku telan sendiri....Bila kali ke 3 dibedah, rupanya akan ambil masa lbh lama utk sembuh. Wpun dah hampir 3 bulan, kesakitan masih terasa, ngilu di perut masih mengganggu pergerakan. Namun, tugas rutin suri rumahtgga aku buat mcm biasa....pembantu yg setia tentulah suami tersayang...yang byk menolong pastinya emak & abah aku....

Rupa2nya kesakitan akibat masalah rahim ni amatlah serius....aku tak penah rasa sakit seperti itu hgga melampau....nk alihkan sedikit je bahu; pun tak boleh...kaki tangan smua jadi kejang kaku...saat pengsan tu aku ingat yg maut sdh hampir menjemput ku....tamatkah hayat ku hari ini ???

Alhamdulillah....melepasi saat2 getir menjadikan aku belajar mensyukuri nikmat kesihatan dan mengajar aku lbh perihatin terhdp apa itu SAKIT.....juga mengajar aku lbh dekat dgn Tuhan ku yg memberi peluang utk trs hirup udara di bumi ini dgn percuma....Ini la antara pengalaman yg amat menyakitkan dan menginsafkan aku...bahawa sesungguhnya tiada tempat bergantung sejati selain drpd Ilahi !

Selepas kejadian ngeri ini, diikuti dgn 3 kali keguguran lagi....namun hya dilakukan D&C...
( cuci rahim ) Yg terakhir dlm bln Feb 2009....hya bertahan 6 minggu, ia hancur dan mencair dgn sendiri...selepas dr itu hgga hari aku menulis ini, aku sdh lupakan bab2 mengandung kerana sdh memasuki 40an pun...dah tak de cita2 nk tambah anak lagi kerana aku yakin & percaya....setiap yg Allah takdirkan, ada kebaikannya....kerana DIA tahu apa terbaik utk hamba NYA....

Yg penting perlu baik sangka - berlapang dada- usah kecewa - perbaiki amalan - sentiasa bertaubat dan bersyukur dgn apa2 jua susah senang hidup ini, baru la akan jadi manusia yg bahagia......

24 Ogos 2013







No comments:

Post a Comment