duduk di anjung bawa pelitahajat menunggu rembulan timbul
hiba menanti berputih mata
hajat didoa belum termakbul
kebaya sutera bertatah intan
bertambah indah bila dijahit
jikalau sudah nasib suratan
ditelan jua walaupun pahit
di tepi nipah tumbuh mengkuang
tempat sang bangau membuat sarang
air mata usah dibuang
sudah takdir kepunyaan orang
gadis ke kebun sambil berlagu
ke kebun menanam kunyit halia
hati yg pasrah hya menunggu
andai tertulis sampailah ia
ke mana keranjang hendak dibawa
hajat memetik rambutan ranum
kalbu berduka bersulam kecewa
manakan mampu mengukir senyum
kayu cengal dibuat gasing
tempurung kelapa dibuat senduk
jiwa kacau hati ku rungsing
manis dan pahit bercampur aduk
hari gelap apa dirisau
kerana mencari si anak rusa
fikiran tenang menjadi kacau
siksanya hati menjeruk rasa
kepah direbus dengan lada
turun ke kebun memakai terendak
usah dinanti orang yang tiada
entah datang entahkan tidak
sirih berembun daunnya segar
sirih dimakan sambil bercerita
rindu yg mekar semakin pudar
terlalu lama menanggung derita
jangan ditetak pohon cempedak
usah ditebang kekabu berduri
sini tidak sana pun tidak
biar ku pergi membawa diri
kapal dagang belayar malam
belayar merentas Selat Melaka
pilu hatinya semakin dalam
sengsara rasa parahnya luka
sayang sabit mata berkarat
sabit buat potong jerami
mendungnya awan semakin berat
menunggu hujan gugur ke bumi
anak pokok makin merimbun
pucuknya lebat tumbuh melata
pungguk merindu berteman embun
hatinya pilu tidak terkata
tarik kerbau mari ditambat
tali pengikat melilit jari
luka berdarah dapat diubatluka di hati memakan diri
pokok kelapa buahnya tunggal
petik sebiji buat bekalan
jadi manusia kena berakal
cekap berhelah mencari jalan
bila hendak menahan jerat
letakkan umpan kanan dan kiri
jika hidup miskin melarat
saudara dan kawan menjauh diri
hujan lebat karam sekampung
air hanyut ke tanah rata
duduk mengenang nasib tak untung
jatuh berderai si air mata
Koleksi Moodyyy....2012

No comments:
Post a Comment